Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

JALINAN UKHUWAH TENAGA PEMBIMBING DAN MUSLIMAH BERSAMA JEMPUTAN KHAS

26 April 2025

JALINAN UKHUWAH TENAGA PEMBIMBING DAN MUSLIMAH BERSAMA JEMPUTAN KHAS

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kulapis, Sabtu, 27 Syawal 1446 bersamaan dengan 26 April 2025–Bagi mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin dan mengukuhkan perpaduan di kalangan tenaga pembimbing dan muslimah masjid lebih-lebih lagi dalam suasana meraikan keberkatan dan kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis pagi tadi mengungkayahkan program keugamaan bagi para tenaga pembimbing Kelas Bimbingan dan Muslimah seluruh negara.  Program diadakan di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.

Program juga bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam penyampaian lagu-lagu dakwah dan puisi Islam di samping memberi peluang kepada para tenaga pembimbing dan muslimah untuk berpartisipasi dalam program keugamaan.  Ianya juga dihasrat untuk menyemai rasa kasih sayang dan kemesraan di kalangan tenaga pembimbing dan muslimah serta para jemputan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, Isteri Menteri Hal Ehwal Ugama.

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah. Diteruskan dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Diserikan lagi dengan persembahan dari beberapa buah kumpulan muslimah.