Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM SIRAH NABAWIYYAH AKHLAK NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM: SATU TELADAN

10 May 2025

PROGRAM SIRAH NABAWIYYAH AKHLAK NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM: SATU TELADAN

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Pekan Bangar, Sabtu, 12 Zulkaedah 1446 bersamaan 10 Mei 2025–Dalam usaha untuk menambah ilmu pengetahuan serta memupuk minat para Muslimah khususnya akan sejarah Islam, pagi tadi Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah mengadakan Program Sirah Nabawiyyah bagi Kali Kedua.  

Atur cara program diserikan dengan ceramah bertajuk 'Akhlak Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam: Satu Teladan' disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Noorhazalina binti Mohiddin, Pegawai Ugama (SkiPPA), Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  

Ceramah tersebut memfokuskan tentang perjalanan kehidupan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bertujuan agar para Muslimah dapat mencontohi keperibadian mulia Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, sekaligus menanamkan rasa cinta kepada baginda.  Di samping itu, intipati ceramah mengingatkan bahawa berazam untuk memiliki akhlak yang baik dan menjauhi perkara yang dicela merupakan satu ketaatan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan RasulNya.

Dengan adanya ceramah tersebut adalah juga dihasrat para Muslimah akan dapat mengaplikasikannya sebagai iktibar dan untuk diamalkan di dalam kehidupan berkeluarga.

Program Sirah Nabawiyyah ini diadakan sebanyak empat (4) kali dan pada kali ke dua ini diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong yang mana diselenggarakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.  


Foto; JHEM