Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENERBANGAN KETIGA BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1446H/2025M

17 May 2025

PENERBANGAN KETIGA BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1446H/2025M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Sabtu, 19 Zulkaedah 1446 bersamaan 17 Mei 2025–Penerbangan Ketiga bakal-bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi dengan menggunakan pesawat Diraja Brunei (RB) BI4205.  Penerbangan dijangka tiba di Madinah pada pukul 3:20 petang waktu tempatan (waktu Madinah).

Jumlah keseluruhan bakal jemaah haji termasuk pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan);  Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB);  Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd.;  dan Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd. ialah seramai 254 orang.

Pecahan jumlah bakal-bakal jemaah haji sebagaimana keterangan berikut:

BilPegawai/ JemaahJemaah LelakiJemaah PerempuanJumlah
1Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) 01 orang02 orang03 orang

2


Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)

58 orang

(termasuk 01 pegawai)

70 orang

(termasuk 02 pegawai)

128 orang

(termasuk 03 pegawai)

3

Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd. 

40 orang

(termasuk 01 pegawai)

40 orang 

 

80 orang

(termasuk 01 pegawai)

 

4​ 

Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

22 orang

(termasuk 02 pegawai)

21 orang

​ 

43 orang

(termasuk 02 pegawai)

JUMLAH KESELURUHAN

121 orang

(termasuk 05 pegawai)

133 orang

(termasuk 04 pegawai)

254 orang

(termasuk 09 pegawai)

 

Mengiringi bakal-bakal jemaah haji bagi Penerbangan Ketiga ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) ; Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB); Pegawai Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd. ; dan Pegawai Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada bakal-bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan, selaku Pemangku Menteri Kesihatan;  Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.

Juga hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin;  Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin, Pemangku Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Datin;   Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri;  Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Dasar dan Keugamaan) dan isteri;  Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Haji Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Pentadbiran dan Kewangan) dan isteri; serta ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan penolong-penolong pengarah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Zulkifli bin Haji Murat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas. Manakala Azan dilaungkan oleh Yang Mulia Awang Haji Hamdini bin Haji Garif, Imam Tingkat III, Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

 

​Foto: PDI dan SkiPPA BPAAM