بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Berakas, Ahad, 20 Zulkaedah 1446 bersamaan 18 Mei 2025–Penerbangan Keempat dan terakhir bakal-bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi dengan menggunakan pesawat Diraja Brunei (RB) BI4207. Penerbangan dijangka tiba di Madinah pada pukul 3:20 petang waktu tempatan (waktu Madinah).
Jumlah keseluruhan bakal jemaah haji termasuk Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan) dan Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) ialah seramai 230 orang.
Pecahan jumlah bakal-bakal jemaah haji sebagaimana keterangan berikut:
Bil | Pegawai/ Jemaah | Jemaah Lelaki | Jemaah Perempuan | Jumlah |
1 | Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) | 01 | 02 orang | 03 orang |
2 | Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) | 112 orang (termasuk 03 pegawai)
| 115 orang | 227 orang (termasuk 03 pegawai) |
JUMLAH KESELURUHAN | | 113 orang (termasuk 04 pegawai) | 117 orang (termasuk 2 pegawai) | 230 orang (termasuk 06 pegawai) |
Mengiringi bakal-bakal jemaah haji bagi Penerbangan Keempat ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan); dan Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB).
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada bakal-bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan, selaku Pemangku Menteri Kesihatan; Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.
Juga hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin, Pemangku Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Datin; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Dasar dan Keugamaan); Yang Mulia Pengiran Haji Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Pentadbiran dan Kewangan) dan isteri; serta ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan penolong-penolong pengarah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Haris bin Haji Suboh, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. Manakala Azan dilaungkan oleh Yang Mulia Awang Haji Hamdini bin Haji Garif, Imam Tingkat III, Masjid Omar 'Ali Saifuddien.
















Foto: PDI dan SkiPPA BPAAM