بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Madinah, Sabtu, 20 Zulkaedah 1446 bersamaan 18 Mei 2025–Penerbangan Keempat dan terakhir bakal-bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang menggunakan pesawat Diraja Brunei (RB) BI4207 membawa seramai 230 orang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 2:49 petang waktu Madinah.
Rombongan Keempat termasuk pegawai-pegawai dari Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); dan Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB).
Hadir bagi menyambut ketibaan bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam ialah Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi di Riyadh dan isteri; Yang Mulia Awang Haji Farhan bin Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani, Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah dan isteri; Yang Mulia Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran); Yang Mulia Dr. Haji Aziman bin Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub, Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); dan pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan); serta dari Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB).







Foto: JUH