Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM TARBIYAH IBADAH KORBAN BERSAMA MUALLAF TAHUN 1446H/2025M

06 June 2025

PROGRAM TARBIYAH IBADAH KORBAN BERSAMA MUALLAF TAHUN 1446H/2025M

​​​

Pulaie, Jumaat, 09 Zulhijjah 1446 bersamaan 06 Jun 2025–Bagi mengongsikan pengetahun dan menambah kefahaman mengenai keistimewaan Hari Raya Aidil Adha dan fadhilat Ibadah Korban kepada para Muallaf di samping mengambil pengajaran di sebalik hikmah ibadah yang disyariatkan ini, Pusat Da'wah Islamiah melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) telah mengungkayahkan Program Tarbiyah Ibadah Korban Bersama Muallaf Tahun 1446H/2025M bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Da'wah Islamiah, Kampung Pulaie.

Program dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Syamim Farhan bin Haji Sufri, Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah. 

Acara diserikan lagi dengan ceramah bertajuk “Ibrah Ibadah Korban Dalam Kehidupan" yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin, Penolong Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Dengan adanya program bermanfaat ini, dihasrat akan dapat memupuk semangat saudara-saudara baru tentang Ibadah Korban selain membimbing mereka untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim 'alaihissalam.

 

Foto: PDI