Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS IBADAH KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI SERTA KERABAT BAGINDA SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA BAGI TAHUN

07 June 2025

MAJLIS IBADAH KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI SERTA KERABAT BAGINDA SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA BAGI TAHUN

Kiarong, Sabtu, 10 Zulhijjah 1446 bersamaan 07 Jun 2025–Sebanyak 206 ekor haiwan korban iaitu 192 ekor sapi dan 14 ekor kambing telah dikorbankan sempena Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Kerabat Baginda bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi.

Sebahagian daripada daging korban tersebut telah diagihkan kepada 15,054 orang penerima terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin serta tanggungan mereka di seluruh negara.

Majlis penuh keberkatan ini berlangsung pada pagi Hari Raya Aidil Adha bertempat di perkarangan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, sejurus selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Adha.

Berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Berangkat sama ialah paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ke perkarangan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah dijunjung oleh Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta Kerabat Baginda Sempena Hari Raya Aidil Adha Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi iaitu  Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara selaku Penasihat Bersama;  Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Bersama;   Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi  bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Penasihat Bersama;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Penasihat Bersama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Di majlis tersebut, dua (2) ekor kambing disempurnakan penyembelihannya oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri serta paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia.

Manakala penyembelihan haiwan-haiwan korban Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Baginda yang selebihnya disempurnakan di dua (2) buah Syarikat yang dilantik iaitu Syarikat Mohammed Norfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-Anak, dan Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd.

Antara fadhilat Ibadah Korban menurut Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam ialah menambah amal kebajikan, sesuai dengan sabda baginda "Dari Aisyah radhiyallahu 'anha, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: 'Tidak ada amalan anak Adam di hari Nahr (Aidil Adha) yang lebih dicintai Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada mengalirkan darah (qurban).  Sesungguhnya qurban itu akan datang pada hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, dan kuku-kukunya. Dan darahnya akan sampai di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebelum menetes ke bumi.  Maka, bersihkanlah jiwa kalian dengan berqurban.'  Hadith Riwayat Muslim.

“Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim).

 ​

​Foto: SkiPPA BPAAM