Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (PERINGKAT MENENGAH TAHUN 7) INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJÍAN 2026M

09 June 2025

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (PERINGKAT MENENGAH TAHUN 7) INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJÍAN 2026M

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah membukakan Tawaran Pengambilan Pelajar Baharu (Peringkat Menengah Tahun 7) Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi 2026M bermula pada Hari Isnin, 09 Jun 2025M hingga Hari Sabtu, 02 Ogos 2025M.  

Pemohon yang berminat bolehlah mengisikan Borang Permohonan secara dalam talian melalui pautan pendaftaranitqshhb.my.canva.site atau imbas melalui QR yang disertakan. sila klik pautan ini

​Bagi pemohon yang mempunyai kesulitan untuk mengisi borang dalam talian, pihak Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan menyediakan bantuan kepada pemohon untuk mengisi borang dalam talian dengan pemohan hendaklah hadir ke Blok Pentadbiran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175 Km. 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA 2112, Negara Brunei Darussalam.

Waktu operasi adalah sebelah pagi sahaja iaitu pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bermula 08 Julai 2025 hingga 31 Julai 2025 dan akan dibukakan pada setiap hari Selasa dan hari Khamis.

Pemohon dikehendaki membawa dokumen yang diperlukan seperti berikut:

1. Gambar terbaru pemohon (ukuran pasport)

2. Salinan surat beranak pemohon

3. Salinan kad pengenalan pintar pemohon (jika ada)

4. Salinan kad pengenalan pintar ibu dan bapa / penjaga

5. Salinan sijil kerakyatan pemohon (jika berkenaan)

6. Salinan sijil peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah [PSR] (jika ada)

7. Salinan sijil pendaftaran anak angkat (jika berkenaan)

8. Bagi Ibu Bapa pemohon yang bukan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau bukan penduduk tetap yang bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government Linked Companies di Negara Brunei Darussalam dikehendaki menyertakan dokumen berikut:

A) Surat permohonan khas kepada Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal    

     Bolkiah melalui pengetua institut; dan

B) Surat pengesahan tempat bertugas.

9.Salinan pasport pemohon yang bukan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau bukan penduduk tetap (ibu/bapa pemohon bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government Linked Companies di Negara Brunei Darussalam).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi melalui nombor telefon 2222090 / 2222093 / 2222096 sambungan 229 / 230 atau melalui talian Whatsapp 8165297 atau e-mel pendaftaran@itqshhb.edu.bn.