Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM HAYYA ILAL ‘ARABIYYAH: SEKOLAH ARAB RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT BAGI TAHUN 1446H / 2025M

10 June 2025

PROGRAM HAYYA ILAL ‘ARABIYYAH: SEKOLAH ARAB RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT BAGI TAHUN 1446H / 2025M

Bandar Seri Begawan, Selasa, 13 Zulhijjah 1446 bersamaan 10 Jun 2025–Bagi menyemarakkan semangat dan mempertingkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab, Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit pagi tadi menganjurkan Program Hayya Ilal 'Arabiyyah (Mari Berbahasa Arab) bagi pelajar-pelajarnya bertempat di dewan sekolah berkenaan.

Program Hayya Ilal 'Arabiyyah juga bertujuan untuk melatih dan mengalakkan warga sekolah berinteraksi dalam Bahasa Arab selain ianya merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pengajian Islam bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Arab di sekolah-sekolah Arab.

Program ini bukan sekadar sesi pembelajaran biasa, tetapi turut menjadi platform interaktif yang menghidupkan penggunaan Bahasa Arab melalui pelbagai aktiviti menarik, sekali gus membangkitkan minat mendalam dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Arab.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Johar bin Haji Jumat, Ketua Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah.  Diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.  Disusuli dengan ucapan daripada Yang Mulia Pengiran Hasinol Zamri bin Pengiran Haji Piut, Guru Besar Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Seterusnya, perasmian Program Hayya 'Ilal Arabiyyah yang disusuli dengan lawatan ke petak-petak pameran. Atur cara juga memuatkan tayangan video dan sesi pemanasan badan serta aktiviti sukan memanah.​