Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENGGANTUNGAN SEMENTARA KEBENARAN MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ UMRAH MENGGUNAKAN VISA PELANCONG ARAB SAUDI

12 June 2025

PENGGANTUNGAN SEMENTARA KEBENARAN MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ UMRAH MENGGUNAKAN VISA PELANCONG ARAB SAUDI

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kebenaran mengendalikan Perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi Syarikat Qamaroon Tours Sdn. Bhd. adalah digantung sementara berkuatkuasa pada hari Khamis, 15 Zulhijjah 1446 bersamaan 12 Jun 2025.
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang urusan berkaitan Pakej Umrah dengan Syarikat Qamaroon Tours Sdn. Bhd.  Mereka yang berhasrat untuk menunaikan Ibadat Umrah bolehlah memilih syarikat-syarikat lain yang dibenarkan.
Pada masa ini sebanyak tiga puluh enam (36) buah syarikat pelancongan diberikan kebenaran untuk mengendalikan Perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 Masihi.

AGENSI-AGENSI PENGENDALI PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI DAN PAKEJ UMRAH MENGIKUT KATEGORI PAKEJ DAN VISA​