Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM AT-TABARRU’ BIL KHAIRAAT KALI KE-11 TAHUN 1446H/2025M

12 June 2025

PROGRAM AT-TABARRU’ BIL KHAIRAAT KALI KE-11 TAHUN 1446H/2025M

Tungku, Khamis, 15 Zulhijjah 1446 bersamaan 12 Jun 2025–Program At-Tabarru' Bil Khairaat merupakan inisiatif amal yang dirancang oleh Unit Sekolah Menengah dan Pendidikan Teknikal, Bahagian Sekolah Umum (Pendidikan Islam), Jabatan Pengajian Islam. Projek ini menjadi wadah yang bermakna bagi para pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) untuk menyalurkan semangat kesukarelawanan dan keprihatinan sosial.  

Melalui program ini, pelajar-pelajar berpeluang untuk membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai bentuk sumbangan, daripada khidmat masyarakat, pemberian barangan asas bagi meringankan beban hinggalah kepada bantuan kewangan untuk memberi sinar harapan. Ia bukan sekadar program kebajikan, tetapi juga satu pengalaman pembentukan sahsiah dan nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pagi tadi mengendalikan Program At-Tabarru' Bil Khairaat Kali Ke-11 yang antara lain bertujuan bagi memupuk sikap prihatin dan pemedulian dalam kalangan pelajar IBTE terhadap kesejahteraan masyarakat khususnya bagi golongan yang memerlukan selaras dengan nilai-nilai yang dianjurkan dalam ajaran Islam.

Seramai 07 orang pelajar terpilih dari setiap kampus IBTE di negara ini menerima sumbangan hasil kutipan dari warga IBTE dan warga Jabatan Pengajian Islam yang disampaikan oleh Tetamu Khas majlis, Yang Mulia Awang Haji Ayop bin Haji Ghani, Pemangku Penolong Pengarah (Profesional), Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Sayyidul Istighfar oleh Yang Mulia Awang Muhammad Danish Darwisy bin Mohamad Nur Adenan, Pelajar IBTE Kampus Bisnes.  Diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Rizmee Saufi Shahadat bin Abdul Mu'izzul Azmi, Pelajar IBTE Kampus Mekanikal.  Diteruskan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Haji Saleh bin Haji Nasir, Ketua Unit Sekolah Menengah dan Pendidikan Teknikal, Bahagian Sekolah Umum (Pendidikan Islam), Jabatan Pengajian Islam.  Disusuli dengan menyaksikan tayangan video khas bertajuk “Sumbangan Anda, Harapan Mereka".  Seterusnya, bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Danish Darwisy bin Mohamad Nur Adenan, Pelajar IBTE Kampus Bisnes, diserikan dengan Dikir Marhaban; dan kemudiannya penyampaian sumbangan kepada para penerima.​