Temburong, Ahad, 03 Muharram 1447 bersamaan 29 Jun 2025-Kira-kira seratus (100) orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, anggota Pasukan Beruniform dari Daerah Polis Temburong dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta penduduk kampung menyertai Walkaton Hijrah Sempena Sambutan Ilal Hijrah 1447 pada pagi tadi.
Perjalanan sejauh lebih kurang 3.4 kilometer ini bermula daripada Pos Dakwah Kampung Selapon hingga ke Taman Aie Tenab dan berakhir di Pos Dakwah Kampung Selapon, Temburong.
Hadir sama di Walkaton tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Tetamu Kehormat Majlis.
Selain untuk menyemarakkan kedatangan Tahun Baharu Hijrah 1447, Walkaton Hijrah ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, penduduk kampung dan ahli jawatankuasa. Di samping itu, untuk memeriahkan Pos Dakwah Kampung Selapon dengan pelaksanaan program-program berbentuk keugamaan dan riadah.
Antara pengisian acara ialah aktiviti mengecat bangunan Pos Dakwah Kampung Selapon yang dirasmikan oleh Tetamu Kehormat Majlis dengan diikuti oleh para jemputan khas.
Turut serta, Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Pemangku Pegawai Daerah Temburong; Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ketua Kampung Labu Estate dan Piasau-Piasau selaku Pemangku Penghulu Mukim Zon 1; Yang Mulia Awang Harris Hamdillah bin Haji Masri, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong selaku Pengerusi Majlis serta pengarah-pengarah dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Walkaton Hijrah Sempena Sambutan Ilal Hijrah 1447 dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong yang merupakan acara tahunan Pejabat tersebut.








Foto: PHEU Daerah Temburong