Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG  KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1446H /2024M

02 July 2025

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1446H /2024M

​Jerudong, Rabu, 06 Muharram 1447 bersamaan 02 Julai 2025–Seramai 132 pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah Arab dan Ugama seluruh negara diraikan dalam satu majlis penuh penghargaan, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang akademik.  Majlis anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong pada pagi tadi merupakan salah satu langkah ke arah menyokong aspirasi Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

Majlis Penghargaan tersebut adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dan membanggakan dalam peperiksaan awam yang telah diduduki pada tahun 2024. 

Majlis diadakan sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan sebagai insentif kepada pelajar-pelajar yang diraikan atas kecemerlangan yang dicapai, di samping sebagai motivasi kepada pelajar-pelajar lain supaya akan terus mempertingkatkan usaha dan pencapaian akademik mereka dari semasa ke semasa. Majlis juga bertujuan memberigakan kepada masyarakat mengenai kecemerlangan akademik yang dicapai oleh pelajar-pelajar persekolahan Ugama dan Arab dalam bidang-bidang Ugama, Bahasa Arab dan umum.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan;  Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama;  dan Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Ahmad Harith Irfan bin Haji Umardani dan Yang Mulia Shaikh Mumtaz Al-'Abqariyy bin Shaikh Muhammad Khairul Anuar, pelajar-pelajar dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Diteruskan dengan ucapan Pengerusi Majlis, Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis turut diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie dari pelajar-pelajar Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang, guru-guru cemerlang dan Madrasah Mutaqaddimah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Mohammad Zamery bin Haji Nayan.

 

Foto: JPI