Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM SIRAH NABAWIYYAH “AKHLAK NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM: SATU TELADAN”

10 July 2025

PROGRAM SIRAH NABAWIYYAH “AKHLAK NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM: SATU TELADAN”

Bandar Seri Begawan, Khamis, 14 Muharram 1447 bersamaan 10 Julai 2025–Bagi memperkaya ilmu pengetahuan serta memupuk minat dalam kalangan para Muslimah terhadap sejarah Islam, khususnya yang memfokuskan keperibadian dan kehidupan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam agar dapat dijadikan teladan di samping untuk menanamkan rasa kasih dan cinta kepada Baginda, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi pagi tadi mengadakan Program Sirah Nabawiyyah bertempat di masjid berkenaan.

Penganjuran program ini juga bertujuan untuk membentuk sahsiah Muslimah yang berteraskan akhlak Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam menghadapi pelbagai cabaran sama ada dalam konteks keluarga, kerjaya mahupun masyarakat.

Atur cara diserikan dengan ceramah bertajuk 'Akhlak Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam: Satu Teladan' yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Noorhazalina binti Mohiddin, Pegawai Ugama (SkiPPA), Bahagian Hal Ehwal Muslimah.  Intipati ceramah antara lain menyerlahkan nilai-nilai murni yang ada dalam keperibadian dan akhlak Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan sewajarnya dicontohi dan diikuti dalam kehidupan seharian umat Islam.

Kira-kira 120 orang menyertai Program Sirah Nabawiyyah Siri Ketiga ini.  Para peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Masjid Perdana Wangsa Haji Mohamad, Kampung Setia, Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, dan Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak.

 

​Foto: JHEM