Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM JATI DIRI BAGI PELAJAR-PELAJAR DI BAWAH KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

12 July 2025

PROGRAM JATI DIRI BAGI PELAJAR-PELAJAR DI BAWAH KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Jerudong, Sabtu, 16 Muharram 1447 bersamaan 12 Julai 2025–Seramai 40 orang pelajar dari institusi pendidikan di bawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, hari ini menyertai Kursus Titik Teroka. 

Kursus tersebut dikendalikan oleh Outward Bound Brunei Darussalam, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Kompleks Sukan Jerudong.

Kursus Titik Teroka ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bertujuan untuk memperkukuh jati diri para pelajar berkenaan di samping mempersiapkan mereka menghadapi fasa kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi.

Antara elemen yang ditekankan dalam kursus tersebut termasuklah kemahiran hidup, keyakinan diri, kepimpinan, pengukuhan akidah dan penghayatan Falsafah Melayu Islam Beraja.

Program seumpama ini diyakini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, bahkan teguh dari segi sahsiah dan kerohanian, seterusnya menjadi generasi berwibawa yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.​