Pulaie, Ahad, 17 Muharram 1447 bersamaan 13 Julai 2025–Akademi Da'wah 5.0 merupakan platform bagi melahirkan pendakwah yang berkualiti dan berwibawa. Sehubungan dengan itu, Program tersebut diteruskan lagi untuk Sesi Keempat dengan Bicara Bermanfaat bersama Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.
Bicara Bermanfaat adalah untuk menyampaikan mesej mendalam berkenaan tanggungjawab dakwah dalam konteks semasa. Di samping sebagai penyuntik semangat, acara tersebut bertujuan untuk mengongsikan ilmu pengetahuan dan wawasan yang bernilai tinggi kepada para peserta agar terinspirasi untuk terus teguh menyebarkan dakwah Islam dengan penuh hikmah, sabar dan ketekunan. Sesi ini dikendalikan secara interaktif di mana para peserta berpeluang untuk berdialog secara langsung.
Terdahulu diadakan Sesi Sobahulkheir Da'ie bertujuan mengukuhkan kembali niat dan mendalami lagi kefahaman terhadap matlamat dakwah.
Program diteruskan dengan sesi Maklum Balas dan Curhatan Dalam Kumpulan yang menjadi wadah kepada para peserta mengongsikan pengalaman serta cadangan membina terhadap perjalanan Akademi Da'wah 5.0 bagi membuktikan keberkesanan pendekatan program yang bukan sahaja memberi pengisian intelektual malah menyentuh aspek emosi dan spiritual.
Dengan pengendalian Akademi Da'wah 5.0 bagi Sesi Keempat ini adalah diharapkan agar setiap individu yang hadir pada Bicara Manfaat tersebut dapat membawa pulang nilai-nilai positif ajaran Islam sekaligus menjadi agen perubahan yang mampu menyebarkan cahaya Islam dengan penuh hikmah dan keikhlasan.
Foto: PDI