Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PERMOHONAN TAULIAH MENGAJAR AL-QURAN, UGAMA DAN BERCERAMAH UGAMA  MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI (MUIB) BAGI MUSIM KETIGA TAHUN 2025

14 July 2025

PERMOHONAN TAULIAH MENGAJAR AL-QURAN, UGAMA DAN BERCERAMAH UGAMA MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI (MUIB) BAGI MUSIM KETIGA TAHUN 2025

Permohonan Tauliah Mengajar Al-Quran, Ugama dan Berceramah Ugama bagi Musim Ketiga Ujian Temuduga Tahun 2025 adalah dibukakan mulai 1 Julai 2025 hingga 16 Ogos 2025.

Pemegang Tauliah Mengajar Al-Quran, Ugama dan Berceramah Ugama yang akan tamat tempoh sehingga 28 Februari 2026 adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan memperbaharui tauliah berkenaan dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh Tauliah.

Sementara itu, Ujian Temuduga akan diadakan bermula pada bulan September 2025 hingga bulan Oktober 2025. Manakala keputusan ujian berkenaan dijangka akan dikeluarkan pada bulan November 2025.

Bagi Borang Permohonan dan Syarat Permohonan Tauliah boleh didapati dengan mengimbas Kod QR yang dilampirkan. KOD QR​

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama di talian 2381087.