Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

SUKAN MUHIBBAH PERLAWANAN TEN PIN BOWLING ANJURAN JAWATANKUASA PEMIMPIN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IIA

05 October 2025

SUKAN MUHIBBAH PERLAWANAN TEN PIN BOWLING ANJURAN JAWATANKUASA PEMIMPIN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IIA

Berakas, Ahad, 13 Rabiulakhir 1447 bersamaan 05 Oktober 2025–Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei IIA pada petang tadi telah mengadakan Sukan Muhibbah Perlawanan Ten Pin Bowling yang diadakan di Golden Bowling Company, The Airport Mall.

Penganjuran acara berkenaan adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, mempererat silaturahim, memantapkan setiakawan serta menzahirkan semangat ukhuwah dalam kalangan para ahli.

Hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Mulia Awang Haji Jaya bin Haji Metussin, Ketua Unit Sekolah Ugama, Bahagian Ko-Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, yang seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Acara ini juga merupakan salah satu inisiatif JKPSSU bagi menggalakkan penyertaan aktif para ahli dalam bidang sukan sebagai usaha memelihara kesihatan fizikal dan mental.​