Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENDAFTARAN BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN  PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB (PCKSA)  TAHUN 1446H/2025M MELALUI PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

27 October 2025

PENDAFTARAN BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB (PCKSA) TAHUN 1446H/2025M MELALUI PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST), Progresif Sdn. Bhd., Imagine Sdn. Bhd. dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) ingin memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1446H/2025M akan mula dibukakan.

Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS. Pendaftaran adalah percuma dan pelanggan boleh mula mendaftar mulai hari Isnin, 27 Oktober 2025, pukul 10:00 pagi.

Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS adalah dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn. Bhd. atau 39966 bagi pelanggan Imagine Sdn. Bhd. Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan dengan dikenakan caj bayaran B$1.00 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan talian telefon bimbit masing-masing mempunyai kredit yang mencukupi.

Melalui perkhidmatan ini nanti, diharapkan akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA)
tahun 1446H/2025M secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn. Bhd. melalui nombor talian: 8671355 atau e-mel: kheuresults@machbrunei.com.​