Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA  KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BAHARU DILANTIK

30 October 2025

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BAHARU DILANTIK

Berakas, Khamis, 08 Jamadilawal 1447 bersamaan 30 Oktober 2025Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama petang tadi menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Adnan bin Haji Mohd. Ja'afar, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat;  Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun;  Tuan Yang Terutama Haji Sulaini bin Haji Said, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kuwait; Tuan Yang Terutama Kapten (B) Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matseruddin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kesatuan Myanmar; Puan Yang Terutama Ang Lay Ling, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Kanada; dan Puan Yang Terutama Siti Arnyfariza binti Haji Mohd. Jaini, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik India.

Kunjung hormat diadakan di Bilik Dhiyafah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Ketua-Ketua Perwakilan tersebut telah menerima Surat-Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 Oktober 2025.

Kunjungan hormat ini merupakan penghargaan dan sokongan terhadap para perwakilan diplomatik yang akan menjalankan amanah negara di luar negeri, serta mencerminkan kerjasama erat antara institusi agama dan hal ehwal luar negeri dalam memperkukuh peranan dan imej Negara Brunei Darussalam di persada antarabangsa.

Turut hadir semasa majlis petang tadi ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim , Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadibran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Foto: BPAAM​