Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KEJOHANAN FUTSAL SEMPENA JUBLI DELIMA PUSAT DA’WAH ISLAMIAH  TAHUN 1447H/2025M

02 November 2025

KEJOHANAN FUTSAL SEMPENA JUBLI DELIMA PUSAT DA’WAH ISLAMIAH TAHUN 1447H/2025M

Berakas, Ahad, 11 Jamadilawal 1447 bersamaan 02 November 2025–Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Pusat Da'wah Islamiah, pelbagai aktiviti dianjurkan, antaranya Kejohanan Futsal Jubli Delima Pusat Da'wah Islamiah.

Kejohanan ini disertai oleh pegawai serta kakitangan Pusat Da'wah Islamiah dan turut melibatkan penyertaan para Muallaf dari seluruh negara. Penganjuran ini menjadi platform inklusif yang memperkukuh perpaduan dan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti sukan, di samping menjadikan sukan sebagai salah satu aktiviti rasmi sempena Sambutan Jubli Delima (40 Tahun) Pusat Da'wah Islamiah.

Selain itu, kejohanan ini turut bertujuan menggalakkan warga jabatan dan para Muallaf mengamalkan gaya hidup sihat dan menanam nilai semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga jabatan dan para Muallaf. Melalui penganjuran ini, diharap dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan futsal untuk diketengahkan mewakili jabatan dan kementerian dalam kejohanan-kejohanan akan datang.

Turut hadir selaku Tetamu Kehormat di kejohanan ini ialah Yang Mulia Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Pusat Da'wah Islamiah.

Pada Kejohanan Futsal Sempena Jubli Delima Pusat Da'wah Islamiah 1447H bagi Piala Liga, Juara dimenangi oleh pasukan Hanzalah Ibn Abi Amir (PDI C) dengan markah 15 poin. Naib juara disandang oleh pasukan Abdurrahman Ibn 'Auf (Belait) dengan markah 14 poin, manakala pasukan Salman Al-Farisi (PDI A) mendapat markah 11 poin di tempat ketiga. Bagi perlawan akhir Piala FA, juara dimenangi oleh pasukan Abdurrahman Ibn 'Auf (Belait), dan naib juara disandang oleh Nuayman Ibn Amr (Tutong).

 

Foto: PDI​