Berakas, Rabu, 14 Jamadilawal 1447 bersamaan 05 November 2025-Bagi meningkatkan kemahiran dalam perkhidmatan pelanggan, antara aspek yang diberi penekanan termasuklah kemahiran menangani aduan pelanggan, teknik komunikasi berkesan, pengurusan sistematik, penyelesaian masalah serta pengendalian konflik secara bijaksana dan profesional selaras dengan prinsip integriti perkhidmatan awam. Di samping itu, inisiatif ini juga memberi peluang untuk menyokong agenda perkhidmatan awam dengan memastikan mutu penyampaian yang seiring dengan visi dan misi Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional secara latihan dalaman (in-house training) selama 3 hari bermula pada 04 hingga 06 November 2025 bertempat di Dewan Melor, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Seramai 27 orang peserta terdiri daripada kakitangan dari beberapa bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menyertai kursus tersebut. Fasilitator kursus ialah Yang Mulia Dayang Marhayati binti Omar dan Yang Mulia Dayang Norarina binti Haji Awang Chuchu, keduanya Pegawai Latihan, serta Yang Mulia Dayangku Erna Liana binti Pengiran Haji Suhaili, Penolong Pegawai Latihan.
Program ini turut bertujuan untuk mewujudkan kerangka kolaboratif merentasi fungsi dan peranan yang berbeza dalam organisasi, sekali gus memupuk budaya inovasi dalam kalangan warga kerja Kementerian Hal Ehwal Ugama.









Foto: BPAAM