Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa Pemeriksaan Kesihatan (Perjumpaan Doktor) bagi Bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Fardhu Haji Musim Haji Tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi akan diadakan bermula pada hari Isnin, 19 Jamadilawal 1447 bersamaan 10 November 2025, sepertimana jadual berikut:
| Bil | Daerah | Tempat Pemeriksaan Kesihatan | Tarikh / Jam |
| 1 | Daerah Tutong | Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah | Tarikh: 10 November 2025 (Isnin) Pukul: 8:30 pagi – 12:15 tengah hari 1:30 – 4:30 petang |
| 2 | Daerah Temburong | Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Bangar | Tarikh: 11 November 2025 (Selasa) Pukul: 8:30 pagi – 12:15 tengah hari |
| 3 | Daerah Belait | Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait | Tarikh: 12 November 2025 (Rabu) Pukul: 8:30 pagi – 12:15 tengah hari 1:30 – 4:30 petang |
4 | Daerah Brunei dan Muara | Pusat Amal Cerah Sejahtera, Kampung Belimbing, Subok, Mukim Kota Batu (Seberang Taman Riadah Tasik Sarubing) | Tarikh: 13 November 2025 (Khamis) hingga selesai Pukul: 8:30 pagi – 12:15 tengah hari 1:30 – 4:30 petang |
Bakal Jemaah Haji adalah dikehendaki untuk hadir menjalani Pemeriksaan Kesihatan tersebut pada tarikh dan tempat yang telah diaturkan dengan membawa bersama Kad Pengenalan Pintar, Kad Bru-Hims, Buku Rekod Kesihatan dan Panduan Kesihatan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (jika ada) serta Buku Suntikan berwarna kuning (jika ada).