Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 2025

30 November 2025

AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 2025

Serasa, Ahad, 09 Jamadilakhir 1447 bersamaan 30 November 2025–Bagi menyokong inisiatif Kerajaan dalam menangani isu-isu kebersihan di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pagi tadi mengungkayahkan satu kempen kebersihan yang tertumpu di kawasan Perumahan Kampung Perpindahan Serasa dan Masjid Kampung Perpindahan Serasa, Muara.

Seramai 300 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta penduduk kawasan Perumahan Kampung Perpindahan Serasa turut hadir bagi menjayakan kempen berkenaan.

Turut serta dalam kempen tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hasil usaha gotong-royong itu, kira-kira 95 kilogram sampah berjaya dikutip oleh warga kementerian dan para penduduk kampung.

Melalui aktiviti seumpama ini, adalah dihasrat akan dapat meningkatkan lagi keprihatinan terhadap kepentingan menjaga kebersihan yang merupakan sebahagian daripada iman dan amalan hidup harian, di samping mengukuhkan hubungan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan kementerian dengan penduduk setempat.

 

​Foto: HSSSE dan SkiPPA BPAAN ​