Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

BAYARAN PAKEJ HAJI  BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

07 December 2025

BAYARAN PAKEJ HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

Ahad, 16 Jamadilakhir 1447H bersamaan 07 Disember 2025M  
 

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1447H/2026M bahawa pembayaran Pakej Haji bagi Musim Haji Tahun 1447H/2026M akan bermula pada hari Isnin, 17 Jamadilakhir 1447H bersamaan 08 Disember 2025M dan berakhir pada hari Rabu, 10 Rejab 1447H bersamaan 31 Disember 2025M. 

 

Sehubungan dengan itu, bakal Jemaah Haji yang telah disahkan sihat (fit) untuk menunaikan Ibadat Haji oleh Kementerian Kesihatan dan menerima surat pengesahan untuk menunaikan Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1447H/2026M dari Jabatan Urusan Haji adalah dikehendaki untuk membuat pembayaran penuh harga Pakej Haji kepada Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji yang dipilih pada waktu yang telah ditetapkan tersebut bagi memastikan semua urusan Haji berjalan dengan lancar dan teratur. 

 

Bakal Jemaah Haji bolehlah berhubung terus dengan Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji yang dipilih untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pakej Haji yang ditawarkan dan proses pembayaran Pakej Haji.