Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENARIKAN BALIK KEBENARAN BAGI SYARIKAT IJTIHAD TRAVEL SDN. BHD. DARI MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ UMRAH MENGGUNAKAN VISA PELANCONG ARAB SAUDI BAGI TAHUN 2025 DENGAN SERTA MERTA

16 December 2025

PENARIKAN BALIK KEBENARAN BAGI SYARIKAT IJTIHAD TRAVEL SDN. BHD. DARI MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ UMRAH MENGGUNAKAN VISA PELANCONG ARAB SAUDI BAGI TAHUN 2025 DENGAN SERTA MERTA

​Selasa, 25 Jamadilakhir 1447H bersamaan 16 Disember 2025M 

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kebenaran bagi Syarikat Ijtihad Travel Sdn. Bhd. mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 adalah ditarik balik dengan serta-merta.


Dari itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang urusan berkaitan pakej umrah dengan Syarikat Ijtihad Travel Sdn. Bhd. dan orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah, bolehlah memilih syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej umrah yang dibenarkan.


Berikutan perkara tersebut, maka pada masa ini, sebanyak tiga puluh tujuh (37) buah agensi pelancongan mempunyai kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 Masihi.