Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

BORANG PERMOHONAN PENGAMBILAN SISWA-SISWI BAHARU BAGI PROGRAM DIPLOMA TERTINGGI ’ALIYAH QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH  BAGI SESI PENGAJIAN 2026-2029M

18 December 2025

BORANG PERMOHONAN PENGAMBILAN SISWA-SISWI BAHARU BAGI PROGRAM DIPLOMA TERTINGGI ’ALIYAH QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 2026-2029M

​Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) membukakan tawaran Pengambilan Siswa-Siswi Baharu bagi Program Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2026- 2029 Masihi bermula hari Sabtu, 03 Januari 2026 hingga hari Khamis, 12 Februari 2026.


Syarat-syarat kemasukan Siswa-Siswi Baharu Program Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal adalah:


1.    Terbuka kepada semua Warga dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam.

2.    Memperoleh pangkat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa Cambridge (G.C.E 'O' Level)

3.    Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Jayyid (baik) dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) termasuk: 

1)    Jayyid (baik) dalam dua (2) mata pelajaran teras, iaitu Al-Quran dan Bahasa Arab; 

2)    Jayyid (baik) dalam dua (2) mata pelajaran wajib, iaitu Tafsir / Hadith / Fiqh / Tauhid / Tarikh dan yang sebanding dengannya.

ATAU 

Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kredit dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa Brunei Cambridge (G.C.E 'O' Level) atau International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Level atau yang sebanding dengannya termasuk kredit C6 dalam mata pelajaran Bahasa Arab


4.    Telah hafaz sekurang-kurangnya 10 Juzu’ Al-Quran merupakan satu kelebihan. 

5.    Lulus temu duga kemasukan. 

6.    Mempunyai akuan kesihatan dari Pusat Kesihatan Kerajaan yang diiktiraf.

7.    Bagi yang Bukan Rakyat Negara Brunei Darussalam (ibu/bapa yang bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government Linked Companies di Negara Brunei Darussalam) yang berminat dan berkelayakan, boleh juga memohon dengan menghadapkan Surat Permohonan Khas kepada Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui pengetua institut.


Borang permohonan boleh diperolehi di Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175, KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Bandar Seri Begawan pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama www.mora.gov.bn mulai hari Sabtu, 03 Januari 2026.


Tarikh tutup mengembalikan borang pada hari Khamis, 12 Februari 2026, pukul 4.00 Petang.  


Bagi sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi Unit Pengambilan (Hal Ehwal Siswa-Siswi) Pengajian Tinggi Diploma ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah di talian 2222090 atau 2222093 atau 2222096 sambungan 229.