Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA PANTAU PREMIS DAN KAWASAN TERJEJAS SUSULAN BANJIR DAN TANAH SUSUR

09 January 2026

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA PANTAU PREMIS DAN KAWASAN TERJEJAS SUSULAN BANJIR DAN TANAH SUSUR

Keadaan hujan yang berterusan sejak beberapa hari kebelakangan ini telah mengakibatkan kejadian banjir dan tanah susur di beberapa kawasan di Negara Brunei Darussalam termasuk yang menjejaskan beberapa buah sekolah, masjid serta tanah perkuburan di bawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui jabatan-jabatan dan bahagian berkaitan sedang menjalankan pemantauan dan penilaian awal terhadap keadaan premis dan kawasan di bawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang terjejas bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan serta kelangsungan operasi diberi perhatian sewajarnya. Tindakan susulan akan diambil selaras dengan hasil penilaian tersebut dan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

Antara yang terlibat termasuk insiden tanah susur di Tanah Perkuburan Islam Luagan Kelompang, Kampung Sinaut, Daerah Tutong.  Berikutan kejadian tersebut, pihak-pihak berkepentingan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan; serta Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah berada di lokasi kejadian bagi meninjau kawasan yang terjejas. Sebagai langkah awal, kawasan berkenaan telah dipasang dengan kanvas bagi mengelakkan keadaan bertambah serius.

Orang ramai, khususnya warga sekolah dan jemaah masjid adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan serta mematuhi sebarang arahan atau makluman lanjut dari pihak-pihak yang berkenaan dari semasa ke semasa.

Kementerian Hal Ehwal Ugama merakamkan keprihatinan terhadap semua pihak yang terkesan dan memohon doa agar keadaan cuaca bertambah baik serta segala urusan semua pihak dipermudahkan.​