Bandar Seri Begawan, Isnin, 22 Rejab 1447 bersamaan 12 Januari 2026–Bagi menyampaikan maklumat serta memberikan penerangan kepada penghulu dan ketua-ketua kampung berkaitan pengurusan permohonan bantuan Zakat, perkhidmatan Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal di bawah Sistem Kebajikan Negara (SKN) serta pengenalan mengenai Waqaf dan Baitul Mal, juga dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan pengurusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Program Kembara Zakat 2026 di keempat-empat daerah bermula hari ini Isnin, 12 Januari 2026 bertempat di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Program Kembara Zakat 2026 jua memuatkan Klinik Zakat yang dibukakan bagi memberikan panduan dan bantuan berhubung tatacara permohonan Sistem Kebajikan Negara, pengiraan Zakat, pengiraan Fidyah dan lain-lain serta lain-lain perkara yang berkaitan.
Program diadakan selama empat hari iaitu :
| Tarikh dan Masa | Tempat |
Hari Isnin 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026M 8.30 pagi | Dewan Teater Jabatan Daerah Brunei dan Muara |
Hari Rabu 24 Rejab 1447H bersamaan 14 Januari 2026M 8.30 pagi | Dewan Intisar Jabatan Daerah Belait |
Hari Khamis 25 Rejab 1447H bersamaan 15 Januari 2026M 8.30 pagi | Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong |
Hari Isnin 29 Rejab 1447H bersamaan 19 Januari 2026M 8.30 pagi | Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong |
Adalah diharapkan semoga dengan adanya program ini akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih aktif khususnya bagi mempermudah pengurusan bantuan serta penyampaian perkhidmatan ugama kepada anak buah kampung masing-masing.