Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB (PCKSA) TAHUN 1447H/2026M

14 March 2026

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB (PCKSA) TAHUN 1447H/2026M

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam memaklumkan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan Pemilihan Calon Ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1447H/2026M akan dibuka mulai hari Selasa, 23 Rejab 1447 bersamaan 13 Januari 2026 hingga hari Sabtu, 24 Ramadan 1447 bersamaan 14 Mac 2026.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka bagi menduduki peperiksaan Pemilihan Calon Ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1447H/2026M, boleh mendapatkan Borang Pendaftaran daripada Guru Besar atau Ketua-Ketua Guru Ugama di sekolah-sekolah rendah kerajaan atau swasta di mana anak-anak mereka bersekolah. ​