Berikutan kejadian tanah susur yang telah berlaku di kawasan Tanah Perkuburan Islam Luagan Kelumpang, Kampung Sinaut, Daerah Tutong pada hari Jumaat, 19 Rejab 1447 Hijrah bersamaan 09 Januari 2026 akibat hujan lebat yang berterusan.
Sehubungan dengan itu, merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Tindakan Susulan Tanah Susur di Tanah Perkuburan Islam Luagan Kelumpang, Kampung Sinaut yang terdiri daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama, serta Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, orang ramai adalah dilarang memasuki kawasan Tanah Perkuburan Islam Luagan Kelumpang, Kampung Sinaut buat sementara waktu kerana keadaan kawasan tersebut yang tidak selamat dan boleh membahayakan keselamatan awam.
Larangan ini dikuatkuasakan sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan, kecederaan atau kejadian yang tidak diingini, sementara kerja-kerja penilaian keselamatan serta tindakan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Orang ramai adalah dipohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi segala arahan yang telah dikeluarkan serta mengelakkan diri daripada menghampiri kawasan yang telah ditandakan sebagai kawasan larangan.