Berakas, Rabu, 23 Syaaban 1447 bersamaan 11 Februari 2026–Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama pagi tadi menerima Kunjungan Hormat daripada Mr. Ken O'Flaherty, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam.
Kunjungan Hormat diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.
Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin erat antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom, khususnya dalam bidang keagamaan, pendidikan Islam, pertukaran ilmu serta pandangan mengenai isu-isu semasa yang berkepentingan bersama berteraskan nilai-nilai saling menghormati dan persefahaman.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Mengiringi Mr. Ken O'Flaherty, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam ialah Mr. Morgan Kimber, Pegawai Politik, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam.
Mr. Ken O'Flaherty, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi kepada Puan Yang Terutama Ms. Alexandra McKenzie, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam. Puan Yang Terutama Ms. Alexandra McKenzie telah menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 22 Mei 2025.
Foto: SkiPPA BPAAM