Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM TAZKIRAH DI AMBANG RAMADAN

16 February 2026

PROGRAM TAZKIRAH DI AMBANG RAMADAN

Jerudong, Isnin, 28 Syaaban 1447 bersamaan 16 Februari 2026–Sebagai persediaan menyambut ketibaan bulan suci Ramadan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Program Tazkirah bertajuk “Di Ambang Ramadan" bertujuan meningkatkan kefahaman, penghayatan serta kesiapsiagaan rohani umat Islam dalam menghadapi bulan yang penuh keberkatan ini.  Program tersebut diadakan pada petang tadi bertempat di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

Tazkirah berkenaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali, Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Program ini menekanka pengisian kerohanian melalui peningkatan kesedaran tentang keutamaan serta keistimewaan Ramadan, di samping membantu umat Islam membuat persediaan mental dan spiritual secara lebih tersusun.  Pendekatan ini diharap dapat mendorong penghayatan ibadah secara lebih menyeluruh agar umat Islam dapat merebut peluang dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memberikan pendedahan awal mengenai kelebihan Ramadan serta menyemai kesedaran tentang pentingnya persiapan rohani sebelum memasuki bulan yang mulia ini. Selain menggalakkan amalan soleh secara berterusan, program ini juga berusaha memastikan pelaksanaan ibadah sepanjang Ramadan berlangsung dengan lebih teratur, berkesan dan bermakna.  Dalam masa yang sama, inisiatif ini menyokong usaha memakmurkan masjid serta memperkasa syiar Islam di negara ini.

Program Tazkirah berkenaan telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Muslimah Masjid serta para jemaah dari Daerah Brunei dan Muara Zon 5.  Penyertaan tersebut diharapkan dapat memperkukuhkan kefahaman agama serta membentuk keperibadian Muslim yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertakwa.

Secara keseluruhannya, penganjuran program seumpama ini diharapkan terus menjadi wadah dakwah dan peringatan yang berkesan kepada masyarakat agar sentiasa bersiap siaga menyambut Ramadan dengan ilmu yang mencukupi, iman yang mantap serta komitmen berterusan dalam meningkatkan amal ibadah.​