Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU ZOHOR, MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN  NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 42, TAHUN 2026

18 February 2026

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU ZOHOR, MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 42, TAHUN 2026

Negara Brunei Darussalam akan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42, Tahun 2026 pada 05 Ramadan 1447 bersamaan 23 Februari 2026 dengan tema sambutan tahun ini Bersatu Mencapai Cita Negara.

Sehubungan dengan itu, Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 42, Tahun 2026 akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong pada hari Isnin, 05 Ramadan 1447 bersamaan 23 Februari 2026 mulai jam 11.30 pagi.

Selain Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong, beberapa buah masjid di daerah-daerah lain juga sebagai tumpuan utama majlis iaitu:

Daerah Brunei dan Muara

- Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

- Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri

- Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong

- Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop

- Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong

- Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun

- Masjid Setia Ali, Pekan Muara

- Masjid Perpindahan Lambak Kanan

Daerah Belait

- Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait

- Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait

- Masjid Pekan Seria, Daerah Belait

Daerah Tutong

- Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

Daerah Temburong

- Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar

Orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi sama-sama menunaikan Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 42, Tahun 2026 pada tarikh, masa dan tempat-tempat yang telah dinyatakan.