Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU ZOHOR BERJEMAAH,  MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42, TAHUN 2026 (DI MASJID HASSANAL BOLKIAH, PEKAN TUTONG)

23 February 2026

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU ZOHOR BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42, TAHUN 2026 (DI MASJID HASSANAL BOLKIAH, PEKAN TUTONG)

Tutong, Isnin, 05 Ramadan 1447 bersamaan 23 Februari 2026–Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42, Tahun 2026 juga diadakan serentak di beberapa buah masjid sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah.

Di Daerah Tutong, majlis berkenaan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Pemangku Pegawai Daerah Tutong; para penghulu dan ketua kampung; pegawai serta kakitangan dari beberapa buah kementerian selain para jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Awang Sahibul Omar bin Haji Yusof, Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong yang turut mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah.

Acara diteruskan dengan membaca Surah Yasin dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin, yang juga Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Manakala Doa Kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis Kesyukuran ini menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas nikmat keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam sepanjang 42 tahun kemerdekaannya, di samping memperkukuh perpaduan serta menyemai semangat patriotisme dan kesetiaan rakyat kepada raja dan negara di bawah kepimpinan adil lagi bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Foto: PHEU Tutong