Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG WANITA BERBANGSA CINA DYG. HEE SOO LING

27 February 2026

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG WANITA BERBANGSA CINA DYG. HEE SOO LING

Jerudong, Jumaat, 09 Ramadan 1447 bersamaan 27 Februari 2026-Sejak awal Januari hingga 26 Februari 2026, seramai 60 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, seramai 24 orang adalah dari Daerah Brunei dan Muara.  

Jumlah ini terus bertambah apabila seorang wanita berbangsa Cina memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada Majlis Pengislaman yang diadakan pada petang tadi di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Dayang Hee Soo Ling, 36 tahun, di hadapan Pegawai Bahagian Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah.  Beliau kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Aunia Hee Soo Ling.

Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban, disusuli penyampaian cenderahati dan kemudiannya bacaan Doa Selamat. ​