Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi akan dibuka mulai hari Isnin, 12 Ramadan 1447 bersamaan 02 Mac 2026 hingga hari Khamis, 19 Zulkaedah 1447 bersamaan 07 Mei 2026.
Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab, pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan guru-guru besar sekolah ugama yang berkenaan supaya berhubung terus dengan pihak Bahagian Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai borang-borang pendaftaran berkenaan.
Bagi calon-calon persendirian yang berkeinginan untuk menduduki peperiksaan SPUB, STPUB dan SSSRU tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi, supaya akan dapat mengambil BORANG-BORANG PENDAFTARAN di Pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas BB3910 semasa waktu pejabat.