Merujuk permakluman daripada Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan mengenai Fenomena Gerhana Bulan Penuh InsyaAllah yang akan berlaku di Negara Brunei Darussalam, pada hari Selasa, 14 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 03 Mac 2026 Masihi, bermula pukul 4.44 petang hingga 10.23 malam.
Umat Islam adalah disunatkan untuk menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan jika sabit berlakunya gerhana.
Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada hari tersebut selepas Sembahyang Fardhu Isyak Berjemaah (Gerhana Bulan Penuh).
Oleh yang demikian, orang ramai dan jemaah adalah dialu-alukan hadir ke masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi sama-sama menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan pada tempat, hari dan masa yang telah dinyatakan.