Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah akan diadakan pada Hari Jumaat malam Sabtu, 17 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 06 Mac 2026 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula pukul 9.00 malam.
Antara pengisian majlis ialah:
- Pengumuman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah; dan
- Persembahan Peserta Terbaik Setiap Kategori.
Tema bagi Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah ialah
“مڠوكوهكن ڤمبلاجرن القرءان دان مڠحياتي اجرنڽ
Mengukuhkan Pembelajaran Al-Qur'an dan Menghayati Ajarannya
Majlis pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Qur'an MABIMS,
dan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).
Semoga majlis yang diadakan ini akan terus menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Qur'an serta mengukuhkan penghayatan ajarannya dalam kehidupan seharian, di samping kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'ala.