Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LATIHAN PENUH  MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’AN PERINGKAT NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH

04 March 2026

LATIHAN PENUH MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’AN PERINGKAT NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH

Berakas, Rabu, 14 Ramadan 1447 bersamaan 04 Mac 2026-Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah akan diadakan pada Hari Jumaat malam Sabtu, 17 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 06 Mac 2026 Masihi, pukul 9.00 malam bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

Antara pengisian acara ialah Permakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah dan Persembahan Peserta Terbaik bagi Setiap Kategori.

Sehubungan dengan itu, latihan penuh diadakan pada pagi tadi bagi memastikan pelaksanaan majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.

Hadir sama menyaksikan latihan ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal); Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); dan Yang Mulia Dayang Hajah Rashidah binti Haji Sabtu, Pengarah Urusan, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).

Turut hadir, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan juga para pegawai kanan dari kementerian-kementerian yang berkenaan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang terlibat.

Tema bagi Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah ialah Mengukuhkan Pembelajaran Al-Qur'an dan Menghayati Ajarannya.  

Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Qur'an MABIMS, dan Brunei Darussalam Central Bank.

 

Foto: BPAAM​