Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ROMBONGAN TADARUS AL-QURAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KE MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SEMPENA BULAN RAMADAN 1447H/2026M

09 March 2026

ROMBONGAN TADARUS AL-QURAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KE MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SEMPENA BULAN RAMADAN 1447H/2026M

Temburong, Isnin, 19 Ramadan 1447 bersamaan 09 Mac 2026-Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, di mana umat Islam digalakkan untukmemperbanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, memanjatkan doa serta melakukan pelbagai amal kebajikan untuk meraih ganjaran pahala yang besar daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sehubungan itu, rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama meneruskan Majlis Bertadarus Al-Quran ada petang tadi bertempat di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Hadir sama, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Harris Hamdilah bin Haji Masri, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Pejabat Ugama Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Ugama; pegawai-pegawai kanan dan kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama serta para penduduk kampung di sekitarnya.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis. Diikuti dengan Tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Mu'iz bin Haji Amat, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah.

Majlis diteruskan dengan tadarus Al-Quran, disusuli dengan bacaan tahlil dan doa arwah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Norezam bin Haji Zaini, Pegawai Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar, Daerah Temburong. Kemudiannya, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Hj Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Kunjungan bertadarus Al-Quran oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya ialah ke Masjid Hassanal Bolkiah, Mentiri pada 14 Mac 2026 dengan Majlis Khatam Al-Quran yang akan bermula pada pukul 5.00 petang.​