Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROJEK AMAL SEMANIS RAMADAN BAGI TAHUN 1447H/2026M

14 March 2026

PROJEK AMAL SEMANIS RAMADAN BAGI TAHUN 1447H/2026M

Belait, Sabtu, 24 Ramadan 1447 bersamaan 14 Mac 2026Bagi memberi peluang kepada para pegawai dan kakitangan di Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk sama-sama menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan asasi dan kegunaan harian kepada keluarga fakir miskin, Jabatan tersebut pagi tadi melaksanakan Projek Amal Semanis Ramadan bagi Tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi kepada lima (5) buah keluarga fakir miskin yang terpilih di Daerah Belait yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Brunei.

Mengetuai rombongan Jabatan Pentadbiran dan seterusnya menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali, Pengarah Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sumbangan yang disampaikan berupa barangan keperluan asasi harian seperti beras, telur, mi kering dan sebagainya, yang merupakan sumbangan daripada para pegawai dan kakitangan Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Selain bertujuan meringankan beban para penerima, projek tersebut juga diadakan sebagai usaha meraih keberkatan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, di samping memupuk semangat keprihatinan dan kebajikan dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.


Foto: BPAAM