Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS INTENSIF IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H/2026M

09 April 2026

KURSUS INTENSIF IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H/2026M

Berakas, Khamis, 20 Syawal 1447 bersamaan 09 April 2026-Dalam usaha memberikan panduan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Manasik Haji dan Umrah secara teori dan praktikal sebagai bekalan ilmu kepada para bakal jemaah Haji sebelum menunaikan ibadah Haji dan Umrah di Tanah Suci, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah mengendalikan Kursus Intensif Ibadat Haji dan Umrah bagi Musim Haji Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi.

Seramai 49 orang bakal jemaah Haji, yang sebelum ini tidak berkesempatan mengikuti Kursus Haji dan Umrah, telah menyertai kursus berkenaan yang dikendalikan selama empat (4) hari berturut-turut, bermula pada hari ini, Khamis, 20 Syawal 1447 bersamaan 09 April 2026 hingga hari Ahad, 23 Syawal 1447 bersamaan 12 April 2026, dari pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Multaqa, Aras Bawah, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kursus Intensif Ibadat Haji dan Umrah ini dimudahcara oleh Yang Mulia Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 




Foto: BPAAM