Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ROMBONGAN AWAL [ADVANCE PARTY] PEJABAT URUSAN JEMAAH HAJI [PENTADBIRAN DAN PERUBATAN] NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H / 2026M

20 April 2026

ROMBONGAN AWAL [ADVANCE PARTY] PEJABAT URUSAN JEMAAH HAJI [PENTADBIRAN DAN PERUBATAN] NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H / 2026M

Berakas, Isnin, 02 Zulkaedah 1447 bersamaan 20 April 2026-Seramai 13 orang pegawai selaku rombongan awal (advance party) Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran dan Perubatan) bagi Musim Haji Tahun 1447H / 2026M yang terdiri daripada lima (5) orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran) dan lapan (8) orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) telah bertolak ke Arab Saudi menaiki pesawat Diraja Brunei (RB) BI421 pada pukul 9:20 pagi tadi.

Rombongan yang diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, Pemangku Penolong Pengarah Urusan Haji selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1447H / 2026M ke Arab Saudi adalah bagi membuat persiapan awal pengurusan Hal Ehwal Haji dengan pihak-pihak berkepentingan di Arab Saudi sebelum ketibaan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir bagi mengucap selamat belayar ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Haji Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan; dan Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1447H / 2026M dijadualkan bertolak ke Tanah Suci bermula pada 16, 17, 18 dan 19 Zulkaedah 1447 bersamaan 4, 5, 6 dan 7 Mei 2026.​