Berakas, Selasa, 17 Zulkaedah 1447 bersamaan 05 Mei 2026–Penerbangan Kedua Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bertolak meninggalkan negara ini pada pukul 12.06 tengah hari (waktu Brunei) dengan menggunakan pesawat Diraja Brunei (RB) BI4203 dan dijangka tiba di Madinah Al-Munawwarah pada pukul 5:15 petang waktu tempatan (waktu Madinah).
Jumlah keseluruhan Bakal Jemaah Haji termasuk Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB), Syarikat Dar El Ehsan Travel Sdn. Bhd, dan Syarikat Titian Travel and Tours Sdn. Bhd. ialah 254 orang.
Pecahan jumlah Bakal Jemaah Haji sebagaimana keterangan berikut:
| Pegawai/ Jemaah | Jemaah Lelaki | Jemaah Perempuan | Jumlah |
Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) | 01 orang
| 02 orang | 03 orang |
Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) | 32 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat) | 43 orang | 75 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat) |
Syarikat Dar El Ehsan Travel Sdn. Bhd. | 56 orang (termasuk 03 Pegawai Syarikat) | 71 orang | 127 orang (termasuk 03 Pegawai Syarikat) |
Syarikat Titian Travel and Tours Sdn. Bhd. | 23 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) | 26 orang | 49 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) |
| JUMLAH KESELURUHAN | 112 orang (termasuk 06 Pegawai Syarikat, 01 Pegawai Perubatan) | 142 orang (termasuk 02 Pegawai Perubatan) | 254 orang (termasuk 06 Pegawai Syarikat, 03 Pegawai Perubatan) |
Mengiringi Bakal-Bakal Jemaah Haji bagi Penerbangan Kedua ini ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan); Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB); Syarikat Dar El Ehsan Travel Sdn. Bhd.; dan Syarikat Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Datin; dan Tuan Yang Terutama Mr. Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha, Bakal Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.
Juga hadir, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Awang Ridzuan bin Haji Ahmad, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Dr Norfarizal bin Othman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri serta Ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat, Imam Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah.
Manakala Azan dilaungkan oleh Yang Mulia Awang Haji Hamdini bin Haji Garif, Imam Tingkat III, Masjid Omar Ali Saifuddien.
Foto: PDI dan BPAAM