Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENUTUP BENGKEL ZAINUL QUR’AN BERSAMA QARI ANTARABANGSA SEMPENA MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

05 May 2026

MAJLIS PENUTUP BENGKEL ZAINUL QUR’AN BERSAMA QARI ANTARABANGSA SEMPENA MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

Serusop, Selasa, 17 Zulkaedah 1447 bersamaan 05 Mei 2026Bengkel Zainul Qur'an bersama Qari Antarabangsa Sempena Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang diadakan selama enam (6) hari bermula hari, Khamis, 30 April 2026 telah melabuhkan tirainya pada petang tadi dengan Majlis Penutup Bengkel Zainul Qur'an yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop.

Hadir selaku Tetamu Khas dan seterusnya menyempurnakan majlis penutup bengkel ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sepanjang enam hari penganjuran, bengkel ini telah berjaya memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada para peserta dalam mempertingkatkan kualiti bacaan Al-Qur'an, meliputi aspek tarannum, teknik vokal, kawalan pernafasan serta gaya persembahan tilawah. Bimbingan intensif yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohamad Husaini Mahmur, Qari Antarabangsa dari Malaysia telah memberi impak yang signifikan dalam meningkatkan keyakinan dan kemahiran peserta.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Bacaan Al-Qur'an daripada Yang Mulia Ustaz Mohamad Husaini bin Mahmur, Qari Jemputan dari Malaysia yang juga fasilatator Bengkel.

Terdahulu Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan Al-Qur'an daripada wakil peserta bengkel dan diteruskan dengan rumusan bengkel dari fasilitator jemputan, Yang Mulia Ustaz Mohamad Husaini bin Mahmur. Majlis menyaksikan Penyampaian Sijil dan Penghargaan Kepada Fasilitator dan diikuti dengan penyampaian sijil kepada para peserta bengkel penyertaan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang bengkel dikendalikan. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Khas dan para fasilitator.

Adalah diharapkan agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui Bengkel Zainul Qur'an ini akan terus dimanfaatkan dalam memperkukuh bacaan serta penghayatan Al-Qur'an, seterusnya melahirkan generasi Qari dan Qariah yang berwibawa dan mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Penganjuran bengkel juga selaras dengan tema Musabaqah pada tahun ini iaitu Mengukuhkan Pembelajaran Al-Qur'an dan Menghayati Ajarannya.

 

Foto: JPI​