Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENERBANGAN KETIGA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H / 2026M

06 May 2026

PENERBANGAN KETIGA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H / 2026M

Berakas, Rabu, 18 Zulkaedah 1447 bersamaan 06 Mei 2026–Penerbangan Ketiga Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bertolak meninggalkan negara ini pada pukul 12.11 tengah hari tadi (waktu  Brunei) dengan menggunakan pesawat Diraja Brunei (RB) BI4205 dan dijangka tiba di Madinah Al-Munawwarah pada pukul 5:15 petang waktu tempatan (waktu Madinah).

Jumlah keseluruhan Bakal Jemaah Haji termasuk Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB), Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd., dan Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. ialah 254 orang.

Pecahan jumlah Bakal Jemaah Haji sebagaimana keterangan berikut: 

Pegawai/ JemaahJemaah LelakiJemaah PerempuanJumlah
Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan)

​02 orang 

01 orang03 orang

​Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)

32 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat)

39 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat)

71 orang (termasuk 03 Pegawai Syarikat)

At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd. 

30 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat)

32 orang 

62 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat)

Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd.

 

57 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat)

61 orang

 

118 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat)

JUMLAH KESELURUHAN

121 orang (termasuk 04 Pegawai Syarikat, 02 Pegawai Perubatan) 

133 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat, 01 Pegawai Perubatan) 

254 orang (termasuk 06 Pegawai Syarikat, 03 Pegawai Perubatan) 

 

Mengiringi Bakal-Bakal Jemaah Haji bagi Penerbangan Ketiga ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan); Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn.Bhd. (DSSB); Pegawai Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn.Bhd.; dan Pegawai Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sdn.Bhd.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan isteri; serta Tuan Yang Terutama Mr. Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha, Bakal Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.

Juga hadir, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri;  Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan;  Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; serta Ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murad, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Masjid Omar Ali Saifuddien.

Manakala Azan dilaungkan oleh Yang Mulia   Awang Khairul Ariffin bin Haji Yusop, Pegawai Masjid, Masjid Omar Ali Saifuddien.

 

Foto: PDI dan BPAAM