Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI PELAJAR-PELAJAR SANAH 6 SEKOLAH ARAB RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT BAGI TAHUN I447H / 2026M

26 May 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI PELAJAR-PELAJAR SANAH 6 SEKOLAH ARAB RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT BAGI TAHUN I447H / 2026M

Rimba, Selasa, 08 Zulhijjah 1447 bersamaan 26 Mei 2026–Sebagai komitmen berterusan dalam mendukung hasrat negara untuk melahirkan generasi celik Al-Quran, Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit pagi tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Pelajar Sanah 6, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan seramai 188 orang pelajar Sanah 6 yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Amin bin Haji Tengah, Ketua Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah, Surah Al-Fatihah, dan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta Khatam, dan kemudiannya bacaan Takhtim dan Doa Khatam.

Kemuncak majlis ialah penyampaian Sijil Khatam Al-Quran kepada para peserta yang diiringi dengan Dikir Marhaban, sebelum bacaan Doa Selamat bagi mengakhiri majlis.

Penganjuran majlis ini merupakan satu wadah penting dalam menyemai kecintaan para pelajar terhadap Al-Quran, di samping memperkukuh budaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.​