Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PINGAT KERJA LAMA (P.K.L.) SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN  NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-79 TAHUN

26 May 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PINGAT KERJA LAMA (P.K.L.) SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-79 TAHUN

Gadong, Selasa, 08 Zulhijjah 1447 bersamaan 26 Mei 2026-Seramai 276 orang pegawai dan kakitangan daripada jabatan-jabatan serta tenaga pengajar institusi-institusi pendidikan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, terdiri daripada 104 orang lelaki dan 172 orang perempuan pagi tadi menerima Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (P.K.L.) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 Tahun bagi Tahun 2025.

Hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.  Majlis diadakan  di Songket Ballroom, Tingkat 4, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L.) ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada para pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan dedikasi serta komitmen tinggi dan kesetiaan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.  Di samping itu, pengurniaan tersebut dihasrat dapat menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada seluruh warga Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan serta produktiviti kerja ke arah yang lebih cemerlang.

Antara kriteria penerima Pingat Kerja Lama (P.K.L.) ialah telah berkhidmat selama genap 20 tahun, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; memiliki keperibadian terpuji serta memperoleh penilalan prestasi pada tahap sangat baik sepanjang tiga tahun kebelakangan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Men teri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir sama ialah pengarah-pengarah dan para pegawai kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis berkenaan dikendalikan oleh Bahagian Dasar dan Strategik dengan kerjasama Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Foto: JPI​