Berakas, Khamis, 17 Zulhijjah 1447 bersamaan 04 Jun 2026–Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Penerbangan Kedua yang menaiki pesawat Diraja Brunei (RB) BI4224 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 12:17 tengahari tadi.
Jumlah keseluruhan jemaah Haji termasuk Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB), Syarikat Dar El Ehsan Travel Sdn. Bhd, dan Syarikat Titian Travel and Tours Sdn. Bhd. adalah seramai 252 orang.
Pecahan jumlah jemaah Haji sebagaimana keterangan berikut:
| Bil | Pegawai/ Jemaah | Jemaah Lelaki | Jemaah Perempuan | Jumlah |
| 1 | Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) | 01 orang | 01 orang | 02 orang |
| 2 | Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) | 30 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) | 43 orang | 73 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) |
3
| Syarikat Dar El Ehsan Travel Sdn. Bhd.
| 56 orang (termasuk 03 Pegawai Syarikat) | 71 orang
| 127 orang (termasuk 03 Pegawai Syarikat) |
4
| Syarikat Titian Travel and Tours Sdn. Bhd. | 23 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) | 26 orang | 49 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat)
|
| JUMLAH KESELURUHAN | | 111 orang (termasuk 05 Pegawai Syarikat, 01 Pegawai Perubatan) | 141 orang (termasuk 01 Pegawai Perubatan) | 252 orang (termasuk 06 Pegawai Syarikat, 03 Pegawai Perubatan) |
Mengiringi Jemaah Haji bagi Penerbangan Kedua ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan); Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) ; Syarikat Dar El Ehsan Travel Sdn. Bhd.; dan Syarikat Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.
Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan jemaah Haji Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan Datin; Tuan Yang Terutama Mr. Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Datin; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Awang Haji Muhamad Fakhri bin Haji Mohd Taib, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Dasar dan Keugamaan) dan isteri; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Pentadbiran dan Kewangan); ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan penolong-penolong pengarah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murad, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Masjid Omar Ali Saifuddien.
Foto: PDI dan BPAAM